Refleksi
Kuliah Ke- 4
Ciri-Ciri
Yang Membentuk Kecerdasan Emosi
Kecerdasan emosi mengumpulkan kecerdasan interpersonal
dan kecerdasan intrapersonal Gardner yang boleh dikategorikan kepada lima
perkara iaitu kesedaran diri, pengurusan emosi, motivasi diri, empati dan
mengendalikan hubungan.
Kesedaran
diri merupakan satu pemerhatian terhadap diri dan mengakui suatu perasaan
sebagai satu kejadian. Pengurusan emosi pula merupakan satu pengendalian
perasaan di mana ia boleh disesuaikan, menyedari sesuatu perkara di sebalik
emosi, menemui cara mengendalikan perasaan bimbang dan takut, perasaan marah
dan juga sedih. Motivasi diri pula merupakan satu penyaluran perasaan ke arah
satu matlamat, mengawal emosi kendiri, melewatkan ganjaran dan menyekat
dorongan.
Empati
pula merupakan satu perasaan atau kemampuan untuk menyelami dan memahami
perasaan atau emosi orang lain. Sementara mengendalikan hubungan pula adalah
satu pengurusan perasaan, kecekapan dan kemahiran sosial. Individu yang
memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu yang boleh
mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk mencapai
matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah menjalinkan
persahabatan dengan orang lain.
Individu
yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu yang
boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk
mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah
menjalinkan persahabatan dengan orang lain. Sementara individu yang memiliki
tahap kecerdasan emosi yang rendah pula akan bertindak mengikut perasaan tanpa
memikirkan akibatnya dan mempunyai matlamat hidup yang kurang jelas.
Secara keseluruhannya, kecerdasan
emosi menekankan tentang ciri sahsiah yang dimiliki oleh seseorang individu
itu. Kemahiran sosial dan emosi adalah lebih penting dalam kejayaan hidup
daripada kebolehan intelektual semata-mata.
No comments:
Post a Comment