Thursday, 4 October 2012

Analisis Dan Refleksi Video Clip Pilihan



 

Video ini sangat terharu...T^T

Pertama kali saya lihat video ini, saya nangis sudah...
pada mulanya, olah sebab saya tidak faham apa yang disampaikan oleh ayah tu...
saya rasa video ini biasa sahaja...
apabila hingga akhirnya saya baru tahu ....
sabenarnya ayah perempuan itu sangat sangat cintainya...
tetapi perempuan itu tidak menerima kasih sayang ayahnya...
manakala perempuan itu rasa ayahnya tidak baik untuk dia...
Perempuan itu berkawan dengan kawan sebaya dan meminbulkan hal yang tidak diingin ...
Akhirnya, perempuan itu memilih cara bunuh diri untuk menyelesaikan masalahnya....

Sebab perempuan itu kehilangan banyak darah...
Ayahnya merayu doktor menggunakan darahnya untuk menyelamatkan anaknya....

Watak utama adalah seorang bapa OKU yang bisu.
Dia mempunyai seorang anak perempuan.
Anak perempuan itu mahu satu bapa yang sempurna.
Tiap-tiap hari, bapa akan membawa anak ke sekolah. Semamsa makan, ayah selalu member nasihat kepada anaknya. Ayah juga memjual mee dengan hati yang ceria. Anak selalu bergaduh demi masalah kecil dan dibuli oleh kawan. Dia juga tidak mendengar nasihat bapanya serta bergaul bebas dengan orang luar sampai ponteng sekolah.
Pada suatu hari, anak perempuan itu bergaduh dengan kawannya, manakala ayahnya sudah menyediakan kek hari jadi kepadanya. Malahnya, anak perempuan itu bunuh diri dan ayah menderma darah kepada anaknya.

Kalau saya merupakan watak utama, saya akan menerima apa sahaja yang diberi oleh Tuhan dan menghargainya. Kecacatan anggota bukan sesiapa sahaja bolah menerima hakikat ini, tetapi demi hidup sejahtera adalah lebih penting.

Kalau juga saya merupakan watak sampingan (anak permpuan) ….
Saya tidak akan ponteng sekolah. Saya akan membaca buku dengan bersungguh-sungguh supaya ayah berasa gembira dengan saya. Saya juga akan manjalankan tanggungjawab dan tidak ponteng sekolah. Saya akan menyangi nyawa saya. Nyawa Cuma satu sahaja…..

Kecerdasan emosi memberi tumpuan kepada keseimbangan aspek rohani sebagai syarat untuk memupuk kesejahteraan dalam kehidupan terutama dalam situasi bekerja sebagai orang yang memegang prinsip hidup beragama. Elemen terpenting kerana ia dapat mengawal emosi seseorang terutama emosi negatif secara autentik, sebenar dan secara sihat.
Kompetensi personal merangkumi kesedaran kendiri, pengurusan emosi kendiri dan motivasi diri manakala kompetensi sosial merangkumi kesedaran emosi sosial dan kemahiran sosial.
Dalam kesedaran kendiri merangkumi kecerdasan emosi kendiri, ketepatan penilaian emosi kendiri dan keyakinan kendiri. Kecergasan emosi kendiri mengenal emosi, sebab, perkaitan, pengaruh  dan kesannya, ketepatan penilaian kendiri mengetahui kekuatan dan kelemahan diri seseorang manakala keyakinan kendiri bergantung pada keupayaan kendiri, berketerampilan, berani menyuarakan pandangan, dan membuat keputusan. Dari segi pengurusan emosi kendiri pula mengandungi kawalan kendiri, iaitu mampu mengurus emosi yang distruktif, amanah, ketekunan, kebolehsuaian dan juga inovasi. Terdapat beberapa elemen dalam kecekapan motivasi diri, iaitu pencapaian, komitmen, inisiatif dan optimisme.
Dalam kompetensi sosial termasuklah kesedaran emosi sosial dan kemahiran sosial. Seseorang individu harus sedar dan mengambil berat tentang perasaan orang lain dan kehendak perasaan tersebut. Seseorang juga harus sentiasa empati, iaitu dapat mengesan perasaan orang lain, memahami perspektif orang lain dan berminat untuk membantu memenuhi keperluan tersebut. Kemahiran sosial merupakan kemampuan seseorang mengenal pasti cara-cara yang sesuai untuk mengurus semua bentuk hubungan dengan orang lain. Dalam konteks ini, kemahiran sosial merangkumi kepimpinan berinspirasi, berupaya mempengaruhi dan memperkembangkan orang lain.

Video ini memberi saya tenaga....
Tenaga untuk menyanyai orang yang sayang saya....
Tenaga untuk menuruskan hidup.....
Tenaga untuk belajar bersungguh-sungguh....
Tenaga untuk bijak sikit apabila memilih kawan....
Tenaga untuk sopan dengan ibu bapa....
Tenaga untuk menghargai ibu bapa yang bekerja keras untuk menampung belanja rumah....

Semua tenaga ini , 
saya akan teruskan untuk selama-lamanya.....

Blog ke-12


Refleksi Kuliah Ke- 5

Manfaat, Ciri atau Karekteristik Kecergasan Emosi

Manfaat akan diperolehi oleh seseorang individu yang mempunyai kecergasan emosi yang tinggi dan memuaskan.
  • Memiliki tolak ansur atau toleransi terhadap kekecewaan.
  • Mampu mengungkapkan kemarahan tanpa wujudnya pertengkaran.
  • Tidak menjadi agresif.
  • Mempunyai perasaan positif terhadap diri sendiri, ibu bapa dan keluarga serta individu lain yang berada di sekeliling.
  • Mengurangi ekspresi verbal yang boleh menjatuhkan orang lain.
  • Meningkatkan kemampuan perhubungan dengan individu lain.

Ciri atau karekteristik individu yang mempunyai kecergasan emosi yang tinggi dan memuaskan.
  • Seseorang individu itu mampu memotivasi diri, bebas dan percaya akan diri sendiri.
  • Seseorang individu yang mampu dan boleh mengawal dorongan dan menunda sesuatu perasaan yang negatif.
  • Seseorang individi itu boleh memulakan, menekuni dan menyelesaikan tugas.
  • Individu yang tidak menangguhkan kerja dan dia mengetahui bilakah sesuatu perkara itu perlu dilakukan.
  • Individu yang mampu menterjemah, mentafsirkan atau melahirkan pemikiran menjadi satu tindakan yang efektif dan bersesuaian dengan sesuatu keadaan.
  • Seseorang individu yang mengetahui dan mampu menggunakan kemampuannya.
  • Individu yang tidak takut untuk menanggung risiko serta boleh menerima kritikan dari orang lain.
  • Individu yang berusaha mengatasi kelemahan dirinya.
  • Individu yang seimbang dalam pemikiran, kreatif, analitis dan praktis.

Blog - ke11


Refleksi Kuliah Ke- 4
Ciri-Ciri Yang Membentuk Kecerdasan Emosi

Kecerdasan emosi mengumpulkan kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal Gardner yang boleh dikategorikan kepada lima perkara iaitu kesedaran diri, pengurusan emosi, motivasi diri, empati dan mengendalikan hubungan.
            Kesedaran diri merupakan satu pemerhatian terhadap diri dan mengakui suatu perasaan sebagai satu kejadian. Pengurusan emosi pula merupakan satu pengendalian perasaan di mana ia boleh disesuaikan, menyedari sesuatu perkara di sebalik emosi, menemui cara mengendalikan perasaan bimbang dan takut, perasaan marah dan juga sedih. Motivasi diri pula merupakan satu penyaluran perasaan ke arah satu matlamat, mengawal emosi kendiri, melewatkan ganjaran dan menyekat dorongan.
            Empati pula merupakan satu perasaan atau kemampuan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Sementara mengendalikan hubungan pula adalah satu pengurusan perasaan, kecekapan dan kemahiran sosial. Individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain.            
            Individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain. Sementara individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang rendah pula akan bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan akibatnya dan mempunyai matlamat hidup yang kurang jelas.
            Secara keseluruhannya, kecerdasan emosi menekankan tentang ciri sahsiah yang dimiliki oleh seseorang individu itu. Kemahiran sosial dan emosi adalah lebih penting dalam kejayaan hidup daripada kebolehan intelektual semata-mata.