Video ini sangat terharu...T^T
Pertama kali saya lihat video ini, saya nangis sudah...
pada mulanya, olah sebab saya tidak
faham apa yang disampaikan oleh ayah tu...
saya rasa video ini biasa sahaja...
apabila hingga akhirnya saya baru tahu
....
sabenarnya ayah perempuan itu sangat
sangat cintainya...
tetapi perempuan itu tidak menerima
kasih sayang ayahnya...
manakala perempuan itu rasa ayahnya
tidak baik untuk dia...
Perempuan itu berkawan dengan kawan
sebaya dan meminbulkan hal yang tidak diingin ...
Akhirnya, perempuan itu memilih cara
bunuh diri untuk menyelesaikan masalahnya....
Sebab perempuan itu kehilangan banyak
darah...
Ayahnya merayu doktor menggunakan
darahnya untuk menyelamatkan anaknya....
Watak utama adalah seorang bapa OKU
yang bisu.
Dia mempunyai seorang anak perempuan.
Anak perempuan itu mahu satu bapa yang
sempurna.
Tiap-tiap hari, bapa akan membawa anak
ke sekolah. Semamsa makan, ayah selalu member nasihat kepada anaknya. Ayah juga
memjual mee dengan hati yang ceria. Anak selalu bergaduh demi masalah kecil dan
dibuli oleh kawan. Dia juga tidak mendengar nasihat bapanya serta bergaul bebas
dengan orang luar sampai ponteng sekolah.
Pada suatu hari, anak perempuan itu
bergaduh dengan kawannya, manakala ayahnya sudah menyediakan kek hari jadi
kepadanya. Malahnya, anak perempuan itu bunuh diri dan ayah menderma darah
kepada anaknya.
Kalau saya merupakan watak utama, saya
akan menerima apa sahaja yang diberi oleh Tuhan dan menghargainya. Kecacatan
anggota bukan sesiapa sahaja bolah menerima hakikat ini, tetapi demi hidup
sejahtera adalah lebih penting.
Kalau juga saya merupakan watak
sampingan (anak permpuan) ….
Saya tidak akan ponteng sekolah. Saya
akan membaca buku dengan bersungguh-sungguh supaya ayah berasa gembira dengan
saya. Saya juga akan manjalankan tanggungjawab dan tidak ponteng sekolah. Saya
akan menyangi nyawa saya. Nyawa Cuma satu sahaja…..
Kecerdasan
emosi memberi tumpuan kepada keseimbangan aspek rohani sebagai syarat untuk memupuk
kesejahteraan dalam kehidupan terutama dalam situasi bekerja sebagai orang yang
memegang prinsip hidup beragama. Elemen terpenting kerana ia dapat mengawal
emosi seseorang terutama emosi negatif secara autentik, sebenar dan secara
sihat.
Kompetensi
personal merangkumi kesedaran kendiri, pengurusan emosi kendiri dan motivasi
diri manakala kompetensi sosial merangkumi kesedaran emosi sosial dan kemahiran
sosial.
Dalam
kesedaran kendiri merangkumi kecerdasan emosi kendiri, ketepatan penilaian
emosi kendiri dan keyakinan kendiri. Kecergasan emosi kendiri mengenal emosi,
sebab, perkaitan, pengaruh dan kesannya,
ketepatan penilaian kendiri mengetahui kekuatan dan kelemahan diri seseorang manakala
keyakinan kendiri bergantung pada keupayaan kendiri, berketerampilan, berani
menyuarakan pandangan, dan membuat keputusan. Dari segi pengurusan emosi
kendiri pula mengandungi kawalan kendiri, iaitu mampu mengurus emosi yang
distruktif, amanah, ketekunan, kebolehsuaian dan juga inovasi. Terdapat
beberapa elemen dalam kecekapan motivasi diri, iaitu pencapaian, komitmen,
inisiatif dan optimisme.
Dalam kompetensi sosial termasuklah
kesedaran emosi sosial dan kemahiran sosial. Seseorang individu harus sedar dan
mengambil berat tentang perasaan orang lain dan kehendak perasaan tersebut.
Seseorang juga harus sentiasa empati, iaitu dapat mengesan perasaan orang lain,
memahami perspektif orang lain dan berminat untuk membantu memenuhi keperluan
tersebut. Kemahiran sosial merupakan kemampuan seseorang mengenal pasti
cara-cara yang sesuai untuk mengurus semua bentuk hubungan dengan orang lain.
Dalam konteks ini, kemahiran sosial merangkumi kepimpinan berinspirasi,
berupaya mempengaruhi dan memperkembangkan orang lain.
Video ini memberi saya tenaga....
Tenaga untuk menyanyai orang yang
sayang saya....
Tenaga untuk menuruskan hidup.....
Tenaga untuk belajar
bersungguh-sungguh....
Tenaga untuk bijak sikit apabila
memilih kawan....
Tenaga untuk sopan dengan ibu bapa....
Tenaga untuk menghargai ibu bapa yang
bekerja keras untuk menampung belanja rumah....
Semua tenaga ini ,
saya akan teruskan untuk
selama-lamanya.....