Tuesday, 18 September 2012

Blog - ke10


Blog Ke- 5
Assigment ~~~~~~

Pada setiap semester, apa yang saya sangat ialah membuat assigmant dan perperiksaan…..><
Saya sangat bersyukur…
kerana telah selesai melaksanakan banyak kerja kursus dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Walaupun saya ada perasaan kadang-kala saya tidak suka membuat assigmant….
Tetapi, saya tetap akan melaksanakannya….
Ada kerja krusus yang dilaksaan bersendirian atau kumpulan….
kerjasama dengan rakan kumpulan amat saya hargai….
setiap rakan kumpulan akan memberi bantuan kepada saya….
AiNee sangat saying akan mereka <3<3<3
Saya berasa sangat gembira mempunyai para pensyarah yang amat berdedikasi….
Mereka sentiasa ada untuk melihat hasil kerja saya…
Dan membetulkannya dari semasa ke semasa….

Sepanjang proses,
saya juga menghadapi beberapa kekangan….
seperti kekangan masa dan masalah dengan komputer riba…..
Saya mengaturkan masa dengan teratur….
Dan meminjam komputer riba kawan untuk menyelesaikan masalah~
Saya berasa semua kerja krusus amat berguna~~
saya berasa sangat bersyukur
saya berharap
semua kerja kursus yang saya buat dapat menepati kehendak soalan


Blog ke-9


Refleksi Kuliah Ke- 3
Pengenalan: Kecergasan Emosi

            Perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah kehidupan seseorang manusia. Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.
            Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas automatik, viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Manusia yang normal dilihat sebagai individu manusia yang mengalami situasi yang pelbagai dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang juga berbeza.
            Kecerdasan intelektual (IQ) membolehkan seseorang untuk belajar di universiti dan kolej atau pun memegang jawatan profesional. Bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan yang seseorang manusia yang bijak dan pandai akan sejahtera dalam hidup. Kemahiran mengawal dan menggunakan emosi (EQ) secara bijak sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesejahteraan hidup seseorang.
            Kecerdasan emosi bermula sejak kecil dan dengan itu, ibu bapa memiliki peranan terpenting dalam membina kecerdasan emosi anak-anak. Mereka harus mengajar, mendidik serta membimbing anak-anak tentang kecerdasan emosi dengan memberikan contoh teladan yang baik.

Tuesday, 4 September 2012

Blog Ke-8

Menyambut Kemerdeka Di Bukit Jalil ….^^

Ini merupakan kali kedua saya melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini…
Aktiviti seperti ini merupakan pengalaman yang menarik…

Pada mulanya, ada kawan yang harap kami tidak terlibat…
tetapi dalam hati saya, saya agak suka terlibat dalam aktiviti seperti ini…

Kali pertama, kami membuat persembahan dengan menggunakan pertukara baju…
Kali ini pula, kami mengunakan LED board….

Pelatih kami juga sama dengan kali pertama iaitu Eqmal ….^^
Dia merupakan seorang pelatih yang kasih saying dan sering jaga terhadap kami…
Saya mesti mengikut jejaknya menjadi seorang yang hebat seperti dia…^^





                                                               Gambar saya dengan juru latih yang hebat...^^


                                                                      Cantiknya~~~ lampu dari LED board ~~~~